itsALLaboutUS

itsALLaboutUS | susah senang kite bersama, insyaALLAH.

Myself

My photo
Don't compare your life with others.. You have no idea what their journey is all about..

CLICK HERE

20.1.12

Lagi-lagi aku

Friendship tuh memang indah kan? Tapi kalau ramai sangat kalut jugak. Sebabnya diri sendri kadang2 tak faham mcmana nak faham diri orang lain. Isnt it?

Masa muda mudi dulu memang indah bila berkawan. Menjadi 1 kewajipan dalam diri. Semuanya kena kait kan kawan. Sebab kawan ni banyak fungsinya. Nak makan, nak bermasalah, nak bercakap, nak menjoli2, nak berjimba, nak shop, nak mengumpat, nak mengundi pon kalau boleh nak klik kat petak yang sama. Boleh dikatakan semua nya perlu ditemani dan di hasut oleh kawan. Kalau tak ada hasutan kawan tuh makna nya ibarat makan tanpa gigi la.. Kan tak feel tuh?

Tapi persoalannya kat sini, lasting ke kawan2 ni? Sampai bila sangat dia nak tolong kita untuk teori hasutan dan jimbaan tuh? Kalau digabungkan keindahan erti sebuah persahabatan dengan pemahaman diri masing2 dalam dua perenggan kat atas ni agak2 boleh ke bagi jawapan utk soalan di perenggan ke tiga ni? BISA PUSING!~

...........................................................

Awal-awal persahabatan memang indah. Nama pon 'awal' mesti la feeling macam rasa korek telinga. Awal2 kan syahdu? Lame2 SAKIT! Kadang2 sampai tersilap terkena part yang tak sepatutnya. Ouchhh!~

Awal2 apa yang dihajati semua indah.

'Same thing tapi warna lain2. Konon same taste'

'Beratnya masalah yang aku tanggung ni.. Bercerita dgn sahabat adalah 1 kewajipan. Kalau tak cerita rasa tak lepas dan masalah tak selesai' - Padahal masalah tergantung je pon. Bkn die selesai kan pon.Malah kadang2 menjadi makin besar bila ada kawan yang cuba campur tangan. Dah kate bercerita dgn manusia yang ada hati perut. Mesti la dia jadi hero utk menyelesaikan masalah.

'Chilling and clubbing adalah 1 kewajipan dihujung minggu'

'Putus cinta, mak ayah bercerai, duit kering, dijerit boss, jatuh dalam lopak air' -semua adalah harus dikongsikan bersama.

MOTIVE? Mungkin berasa lega.. Therapy.

Tapi rasa2nya sampai bila boleh lasting? Dah tiba masanya untuk..

Bercerita dgn tembok, menangis dgn tisu, pinjam duit dekat mak atau advance kat boss, breakfast dgn newspaper, clubing dalam kereta, meluahkan perasaan di blog, kongsi masalah dalam chatroom(stranger) dan meraung pada tikar sejadah.

Sama ada salah 1 pihak yang mengundur diri sebabkan dah faktor umur, ataupon dah berubah dan taknak berkongsi cerita dah dgn orang lua. Itu 1 tindakan yang baik. Kerana membiasakan diri utk menangani masalah sendiri sebabnya menceritakan masalah peribadi pd telinga orang lain ni ibarat bercerita di microphone sidang akhbar. Sebaik2 manusia, bila 1 hari dah tak bersependapat dia tetap akan luah kan ketidakpuasan hatinya pada orang lain. TETAP! Kerana dia hanya manusia biasa. Lagi parah dapat yg betol2 mulut lembik.. Aduh!

ATAUPON

Perlahan2 sikap yang 1 ni mengubah sifat teman. Iaitu, asik2 kau... Asik2 kau.. Asik2 kau yang mengadu. Asik2 aku yang nak mendengar. LOL. Bila turn sebelah pihak nak bercerita dan dan senyap ataupon ubah topik. Agak kurang hajar disitu.. Perubahan hormon pon berlaku.. Lama2 rase bosan dan faktor usia yang sudah punya beberapa kepentingan lain terus malas nak menghargai sebuah persahabatan lagi. People changed! Manusia tak kan kekal. Sikit demi sedikit akan berubah. Samaada sengaja ataupon tak disengajakan. Tidak sengaja adalah mengikut kepentingan keadaan sekeliling. Faktor usia yang semakin busy dgn kerja. Semakin banyak tanggungjawab yang perlu di bawa. Persahabatan yang dulunya penting kian pudar perlahan2.. Lagi2 jika dibandingkan sahabat dgn tanggungjawab sebagai isteri, ibu. Memang jatuh tempat ke 14 la kan ko sahabat? Dulu no 1 ;p And lagi 1 tuh memang ko dah tak HOT sebab tuh kawan ko larik ;p

So, demi maruah keluarga(if dah kahwin) dan suruhan Allah swt, kurang2kan la berkawan ni. HARAM dan BERDOSA BESAR kalau kongsi masalah rumahtangga dgn orang lain. Walaupon saudara sendiri. 

DAN

Demi Allah swt... Demi meluruskan Aqidah yang tak berapa nak lurus.. Ini adalah 1 penghijarahan bagi seseorang yang pentingkan kawan.

Kepada sesiapa yang masih sakan berkawan dan sudah bersuami/isteri pulak.. Perlahan2 la melarikan diri dari tindak tanduk tak baik ni. Kawan sekadar hai2 bye2 is OK.

Atau

Kepada sesiapa yang kawannya dah suam2 kuku. Jgn la dianggap sebagai 1 musibah atau malapetaka.. Think positive.. Anggap lah itu 1 seru dr Allah swt yang memberi kita jalan utk kebaikan. Biarlah orang lain nampak kita 'keseorangan' dan dianggap buruk, tiada siapa yang nak kawan dan berkemungkinan dianggap pembawa masalah dlm sesebuah persahabatan, biarkan!

Dah masanya mengadu dgn ALLAH swt.







Thanks for viewing

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...