itsALLaboutUS

itsALLaboutUS | susah senang kite bersama, insyaALLAH.

Myself

My photo
Don't compare your life with others.. You have no idea what their journey is all about..

CLICK HERE

30.3.12

Rezeki Allah

 

Semua orang tahu, rezeki perlu dicari. Tak boleh datang bergolek. Dengan izinNya rezeki akan menghiasi harian kita. SEMUA ORANG TAHU.

Cari sesuap nasi adalah tuntutan dan perkara wajib sekarang ni. Kalau tak ada wang, tak makan. Pelbagai cara rezeki yang Allah salur pada kita.Lain orang lain rezekinya. Tapi masih bersyukur kerana masih diberi nafas utk mencarik rezeki. Nafas tuh pon rezeki :)

Masalah petang ni aku nak membebel pasal tuntutan wajib ni pada setengah2 pihak. Yang betol2 buat aku tak faham. 

Kalau dulu aku dah biasa dibesarkan dengan keluarga yang berniaga. Itu lah rezeki kami. Sama ada besar atau kecil itu lah rezeki kami. Untung dan rugi itu lah mainan kami. Tapi yang penting IKHLAS. Penat? Toksah ckp lah. Tapi bila fikir2 kan balik, semua orang penat. Customer pon penat. Penat bekerja. Ye dak? Manners sebagai peniaga tetap di penuhi. Tak kira la aku bos mahupon kuli.

Kebelakangan ni aku banyak sgt (sampai tak terkira) alami pengalaman yang aku nak share kat blog ni. Apelagi la kan kalau bukan masalah peniaga dan pembeli. Kalau dulu aku dah di latih ber manners yg tinggi tapi sekarang ni aku plak jadi customer yg simple. Walaupon simple.. And tak cerewet pon tapi masih alami masalah yg BESAR mengadap dorang ni.

Case 1 - Beli air kat foodcourt Giant. Aku Q dalam barisan, yg ke 3. Means ade 2 org depan aku. Penjual air ni bole serve kami semua dgn tangan sebelah penuh dgn nasi tanpa bersih terlebih dahulu. Dari awal aku tak perasan. Kaedahnya dari awal2 sampai cust belakang aku die masih layan cust dgn tgn sbelah berbulu dengan nasi. Sangat geli sebab berlumuran nasi dgn sambal. GELI. Muke toksah cakap la.. 

Case 2 - Beli serai kat hypermarket pasti la kene timbang terlebih dahulu. What do u aspect keje di hypermarket dan ditugaskan utk menimbang barang2 market???????? Sure la bepasir, tanah, smelly etc. Aku dengan senyuman(spt biasa) meletakkan serai tuh atas timbang. Dia tekan2 dan keluar tag harga.. Dengan tangan yang jijik die pegang, lekat kan tag harga dan OBVIOUSLY baling that serai ke tepi untuk aku amik la. Aku tekejot gile sambil perkataan yg ikhlas keluar dari mulot ku 'subhanAllahhhhh' kuat aku cakap.. Dia buat muke selamber dan teruskan kerja dia. Kalau ikot kan darah mude aku dulu2 memang aku sagat serai tuh kat muke die. Tapi dah berumur ni agak tinggi tahap kesabaran ku. Alhamdulillah.

Case 3 - Kedai eskem bukan cikia. Sorang pekerja layan aku nak flavor ape. Sorang lagi duk bersihkan tempat2 eskem tuh. Bersih2 dah la bebual 1 hal. Tepercik2 kat eskem tuh. Pastuh dok colek sket2 ape yg ade masuk terus ke mulot sambil usha line kot2 boss die nampak x. MELAMPAU betol. 

Case 4 - Restoren agak besar, yang dijalankan oleh ahli keluarga jugak. Pekerja ramai sesama keluarga. Buat air sambil isap rokok.

Tak rase bersalah ke tempat carik rezeki  tapi perangai cam hape tah? Even klu bukan die owned, tak de ke kene briefing hari2 setiap pagi sebelum start kerja. Jangan kate onwer, aku pon penah kerja F&B. Kuli jer. Tension cemana pon senyum je la. Kok ye bkn comp bapak aku pon aku rase tak de sebab aku nak marah2 cust yang datang makan. Tak de sebab aku nak start tunjok attitude prob aku kat orang tuh. Lain la kalau cust tuh datang maki hamun. Itu pon kita tak boleh nak lawan kan sangat. Ini kan cust dtg with smile. 

Tak rase ke pintu rezeki tuh kene buat dengan IKHLAS? Penat kite, penat lagi orang lain. Kadang2 tak penat pon. Riuh dek borak n lepak, skali ade 1 cust dtg dia rase semak. Sbb dia elok2 lepak, kita dtg plak. Bukan ke cust tu rezeki ko?! Tak ada cust, comp bungkos, ko kene buang keje! Memang elok la sape jawab 'carik keje lain' sbb takuk ko tak kan berubah.

Kalau tak de siapa yang nasihat pon. Diri sendiri tak terasa ke keterlaluan tuh? Like 'eh ape aku buat ni.' xde eh? Alhamdulillah aku dilahirkan ada rasa tuh.

Aku tatau la apa akan jadi kat dunia ni bila orang2 muda yang mcm ni akan pegang negara 1 hari nanti. SCARY. Orang2 yang berbudi dan berbahasa dah hampir pupus. Sbb yg tahu lapik mulot dan perbuatan ni hanyalah generasi yang lalu. Yang berbudi bahasa dan tahu malu.

Thanks for viewing

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...