itsALLaboutUS

itsALLaboutUS | susah senang kite bersama, insyaALLAH.

Myself

My photo
Don't compare your life with others.. You have no idea what their journey is all about..

CLICK HERE

3.5.12

Big Eye Lens

 

Akhirnya. Dulu takot2 jugak nak beli. Iyye la tak tahu mana asal usul jual kat blog. Menakotkan kan? Bukan shj tak percaya tapi aku memang betol2 rabun dan surely penah ada masalah menghadap lens. Itu normal bagi si perabun. So for this time aku kena double alert la dengan apa saja yang ada kene mengena dengan MATA.

Lens ni dijual di JJ. Ada stall. Terjamin sikit. (konon) Adik tuh cerita la sedikit sebanyak tentang lense ni. And dia nasihat aku kalau next time nak beli sila lah tengok kandungan water content lens tersebut. Lagi tinggi lagi bagus, tak la kering bijik mata ni. Macam la yang korea, taiwan segala dalam blog tuh nak mengaku water content depa x tinggi ye dak? Huhuhu.

Sebelom ni ada jugak berangan pakai yg beli di kedai cermin mata. Beli 2 pasang percuma 1. Harga dalam RM60 macam tuh. Tapi jual dalam kotak. Colour pon tak banyak pilihan. Since dia kedai spec. Kalau nak banyak kat blog ade le. Tapi bila dah beli yang 1st time tuh sangat la memedihkan mata ku. Pakai sejam dah kering. Kesat. Adoi la.. Jgn kata nak pakai seharian.. Sejam pon dah rasa lain mcm. Mule2 aku gigih jugak sebab kadang2 baru2 pakai brand yg aku baru cuba memang gitu. Tapi lama2 dia ok. Tapi yang tu takde makna nye deh. Habukkkk. Memang kering, pedih sepanjang. So aku decide utk STOP disitu. 

This time aku jumpa yang ni. Sepasang RM30. 2 pasang RM50. 3 pasang RM70. 5 pasang RM100. Ikot kan aku nak je beli 100 terus. Tapi sejauh mana elok nya? So mahu tak mahu aku cuba la beli 2 dulu. 

ALHAMDULILLAH. Memang aku percaya cakap adik tuh. Water content yg diceritakan memang terbukti. Jgn kata mata aku terlebih selesa, bila aku usik silicone dia pon sangat laa bergetah! Empuk je rasa. Selalu kan sekeping nipis! Alhamdulillah kali ni mengena dengan mata ku.

Ingat kan kalau sehari dua ni kalau keluar aku nak terus beli yg RM100 untuk 5pasang. Sebab takot stall adik tuh bungkos dah melarau aku nak carik! Ye dak?! So far dah pakai sepasang ni dekat a month semua masih terjamin dan selesa. More then 8hrs pon tak ada hal. Ni yang mule kurang percaya kat kedai spec nih! Ceit

Thanks for viewing

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...