itsALLaboutUS

itsALLaboutUS | susah senang kite bersama, insyaALLAH.

Myself

My photo
Don't compare your life with others.. You have no idea what their journey is all about..

CLICK HERE

31.8.12

Super Sandal

 

Fitflop ni semua orang dah tahu rasanya and ramai yang dah ada. Cuma saja nak imbas kimbali lah koleksi2 ku. Before ni aku ada 2 je. Electra Strata yang kaler black n grey tuh. And baru ku miliki yang The Frou black and purple apa tah namanya. Kenapa beli sama? Sebabnya ni je yang aku rasa cantik. Selain swarovski yg beharga 1k tuh la kan? Memang ctk. Tapi belum tergamak lagi di hati nak membelinya.

Memang ramai yang cool chicks tak suka sandal nih. Kononnya dah ramai orang pakai and tak cool. Pada aku pegi mati dgn cool tuh. Yang penting keselesaan kita. Menang memakai. For those yang berpenyakit, yang kene mengena dgn kaki or tak boleh banyak berjalan disebabkan sakit memang WAJIB mencuba fitflop ni. Mengandung pon! Sangat membantu. Jalan 4-5jam dalam mall tak lansung sakit tumit. Seriusly tak tipu. Pengalaman daku ini. Dulu pakai crocs dan sebelum2nya memang sengal2 kaki kalau shop marathon. Now tanpa disedari dah tak sakit lansung. Bkn aku jer,ramai lah!

Setiap kebaikan ada plak keburukannya. Keburukan sandal ni mengikut teori aku adalah tidak sesuai sekali di bawa berjalan jauh aka travel. Sebagai contoh kalau nak travel ke luar2 negara kita dikehendaki meng explore macam2 jalan raya, carik tempat2 yang banyak menggunakan jalan kaki kan?(penggunaan lasak) Fitflop tak sesuai!!! Sebabnya aku dah 2x jatuh di permukaan simen or batu yang tak rata. Bukan sebab tak nampak(siap terdetik dlm hati sblm kene-ni ade yg jatuh ni kang!). Tapi sebab kan seliparnya agak tebal. Berjalan di permukaan tak rata susah nak bajet step. Tapi terpulang. Lain orang lain pula pendapat/pengalamannya. Pada aku senang cita, sandal liplap2, cantik2, mahal2 memang sesuai untuk dipakai di tempat2 mahal (mall,bersiar2) tidak sesuai sekali nak dibuat travel. Lagipon kalau basah tak best la sebabnya sandal ni kain, velvet etc. So utk travel aku prefer crocs semula. Senang tenyeh di batu2 jalan. Boleh rasa kaki dimane. 

So sape2 yang bercita2 nak tambah koleksi mahupon baru2 nak beli sila beli. Lansung tak ada sebab mengapa uols tak beli. Memang comfort dan more to perubatan! Sila2..

Electra Strata RM299 (kalau tak silap)
The Frou RM399

*apa lah salah nye melabaru 3-4ratus demi kesihatan dan keselesaan. Dah bertahun pakai masih cantik dan tapak lansung tak haus. Tak macam crocs setahun pakai tapak licin.

Thanks for viewing

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...