itsALLaboutUS

itsALLaboutUS | susah senang kite bersama, insyaALLAH.

Myself

My photo
Don't compare your life with others.. You have no idea what their journey is all about..

CLICK HERE

17.8.13

Michael Kors Multifunction Jet Set Tote - Tangerine




Raya ni tak membeli yang mahal2.. Beli yang so so sajo tapi 2 bijik. Huhuhuhuhu Ok la dalam 1 harga boleh dapat 2 bijik. Kan save dah kat situ. Kalau boleh nak jet set ni color merah sebenarnya. Tapi apakan daya yang 'multifunction' tak ada color merah masa beli tuh. Yang jet set biasa ada. Tapi tu lah, dah aim lama nak yang ada compartment hak kat dalam nuh. Nampak tersusun sket dari melopong je tuh kan? Tak pa lah. Tangerine pon tangerine lah. Its Saffiano leather btw. Tapi tak boleh la nak challenge saffiano prada weih. Memule ingat boleh lah. Skali pakai sbulan meleset. Cantik la dipandang, tapi tak cantik bila dipegang. But overall ok lah. Murah kot. Jangan banyak complain. Huk


Thanks for viewing

21.6.13

Earth Mama Angel Baby


Lame yek tak bersiaran? Alhamdulillah kali ni bersiaran dengan good news sekali. InsyaALLAH lagi beberapa hari genap la kandungan ku 28wks(7mos). Perasaan seronok, suspen, berserah hanya DIA yang tahu. Tapi keep positive la yek?

This time nak cerita 1 barang yang aku beli untuk pregnancy. Lama jugak dah beli ni since 3-4mos rasanya. Minyak ni di rekemen oleh Dr Halina di blog nye sendiri. So terpanggil utk aku mencobanya. 100% natural and bakal berkesan untuk hilang kan stretch mark kalau ada. Memang masa beli ni belum ada apa2 pon mark. Syukur. Tapi saja standby. Lagipon selamat untuk buat urut. Banyak je kat luar sana product yang mak2 kita pakai dulu yg tak tahu selamat ke tidak tapi pakai je, elok je depa ye dak? Tapi sekarang ni mcm2. Risau plak klu dah tau ade byk chemical tapi kita main bedal jgak letak kat perut/kulit. Masalah jugak tu kan? So why not kalau ade kemampuan beli la.. 

Harga dia utk 120ML, RM120
Bebehaus, Bangsar.

Thanks for viewing

7.1.13

Al Fatihah

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti



Thanks for viewing

30.9.12

Leica

Alhamdulillah.. I just love my new gadget.

Thanks for viewing

23.9.12

Geram si bibir merah

Hari ni akut tercengang tengok 1 of the status yang terpampang kat FB. Nowdays mak2 yang baya aku tak ubah perangai macam aku 10-15tahun lepas. Masa sekolah. Hurmm even sekarang pon dah beranak pinak masih bermulot laser, daring dan straight forward macam zaman2 sekolah dulu. CUMA 1 jer yang dah lain. BERTUDUNG permanently. Oh bukan 1. Tapi 2 yang betol2 berubah. 1 lagi is badan melebar cam apa entah. Ok stop mengumpat. Walaupon fact, tetap mengumpat namanya.


FACEBOOK status.

"ya ampun kacaknya dia(pelakon) ni. bibir dia merahhh, gerrrem!" -Salmah binti Hayek

Status? MARRIED with 4 kids.

Kadang aku tak faham kenapa diaorang ni macam nih. Sebelum bernikah takda tazkirah ke? Hurmm salah kan jugak la kursus kahwin. Sebab masa kursus kahwih takda la aja benda2 yang halus mcm ni. Walaupon halus tapi dosa dia BESAR!

Zalim sangat la kalau aku kata pandang lelaki lain yang bukan muhrim dengan puji2an adalah DOSA BESAR. Tapi itu bukan aku kata tapi ALLAH yang kata. ALLAH yang mencipta ko dan batang hidung ko tuh. Itu baru pandang dan terdetik dalam hati. Belum lagi kata memuji dijadikan sebut-sebutan di bibir dan lidah sendiri. Itu belum lagi orang lain dengar. Tak cukop dengan itu, siap memuji secara bertulis di khalayak ramai (FB) biarkan semua orang membaca dan mentertawakan suami nya. Waduhhh.. Tak ada siapa yang menjatuhkan maruah dan air muka sesiapa pon, malah kamu sendiri yang memalukan diri kamu. Betapa jahilnya si ibu/isteri ni.

ALLAH tak zalim. ALLAH syg umatnya. Kenapa TAK BOLEH? Kenapa HARAM? Bukan ke kita ni hanya manusia biasa? Yang sama sekali tak boleh lari dari bernafsu. Possible tak malam2 'bersama' dia duk bayangkan suami dia yg bibir cebik tuh adalah bibir merah pelakon tadi? Ataupon possible tak masa die tengok bibir merah tadi tuh dia telah membayangkan benda yang tak senonoh bersama? Jangan tipu dan katakan jangan katakan tidak. ALLAH tahu apa yang telah dia cipta. Dia tahu setiap ciptaannya pasti bernafsu.

Sebab tuh la kita hindari dari perkara2 yang boleh mendatangkan maksiat. Kalau belum kahwin lantak uols lah. Tapi ni dah kahwin. Bukan ke dosa besar? Waduh takot. Dosa lepas kahwin ni lain woooooooo. Simple things jangan la lalai.

Suami tak ada bagi tazkirah ke? Kalau cetek pon la akal fikiran suami isteri nih, tak ada ke rasa kelakian? Menyampah, atau pon paling tidak ada rasa malu bila melihat status isteri ni macam ni. Paling tidak

"awak ni apa cerita pasal bibir orang plak dlm fb nih? tak malu ke?" 

Dah! Cukop la dengan itu. Sebabnya suami dia ada dalam friend list isteri ni. Tapi sepi. What dunno. Mungkin dia terlalu percaya akan isterinya tuh. Hurmmm untung la dapat suami boleh pandang masa depan. Hakikatnya tak da siapa yang tahu apa masa depan kita akan jadi. Even diri sendiri kadang2 tak kenal siapa kita. Kadang2 kita sendiri boleh berubah2. Kadang2 kita sendiri boleh benci apa yang kita suka/sayang. Ini kan pula orang lain(pasangan kita). Possible kan 1 hari nanti kepercayaan itu di khianati? Sebab tuh kena jaga. MARUAH!

Barisan2 ibu dan perempuan mcm ni yang berangan bercita2 tinggi untuk anak2 menjadi yang terbaik buat mereka sendiri. Tidakkah mereka sedar apa yang mereka dah buat? Apa la masyarakat nilai agaknya pada anak2 mereka. Ye anak tak bersalah. Tapi nasib la nak ko bermak dan bapak kan sipolan. Nak2 nya mak ayah ni jenis yang add mak nenek, cikgu skolah, cikgu tadika anak segala bagai. BINGO!

Semoga aku sedar dan terus tidak ALPA dengan duniawi. Control!


Thanks for viewing

19.9.12

Wireless for Astro

Aku pon x sure ape di panggil benda ni. But yeayyy aku dpt carik finally.

 

Benda ni aku memang carik dah lama dah. Nak sebut pon tak reti. Finally after years, jumpa jugak. Apakebenda ni? Ni ialah wireless device yang membolehkan aku tengok saluran astro dengan hanya 1 decoder tapi pada 2 tivi yang berbeza. 

Misalannya, decoder astro di bawah(tv hall). And nak jugak astro di dalam bilik(tv dlm bilik). But tak mampu or tak berapa sesuai untuk bukak acc 1 lagi, mungkin sebab tak da siapa sangat yang nak tengok. Or else mahal la nak maintain sampai 2 acc. So ni lah tugas natang nih. Plug in kan 1 dibawah and 1 diatas. DONE!

Cuma kalau tv A ada orang bukak 1 channel, tv B pon akan pasangkan channel yang sama. Sebab decoder nya 1. Tapi boleh la control pakai remote tuh kat mana2 tv nih. walaupon decoder tinggal bawah. Cuma hala kan remote anda kat box(wireless device) depan tv tuh nanti die tukar la ke channel yg anda mahu. So another tv pon ikot le(even OFF mode)

Kalau jenis 1 rumah tapi keluarga besar(ramai) dinasihatkan create la 1 lagi account astro. Pasang 1 lagi piring baru, decoder baru, acc baru, bill baru. Sebab tak la bergaduh nak control channel kan? Boleh tengok apa yang korang suka sebab tak ada kaitan dengan mana2 tv dlm rumah tu. Tapi klau tak ramai plak kat rumah, memang disarankan pakai wireless ni. Tak de sapa nak rebutkan. Ko tukar channel, ko pusing channel, ko bwk lari remote pon x da sapa nak marah. So bila rasa tak larat nak tgk kat hall, switch off tv bawah, naik atas n masuk bilik sambung tengok dalam bilik plak. MUDAH.

Cost RM300.

Thanks for viewing

14.9.12

Habatussauda


Thanks for viewing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...