itsALLaboutUS

itsALLaboutUS | susah senang kite bersama, insyaALLAH.

Myself

My photo
Don't compare your life with others.. You have no idea what their journey is all about..

CLICK HERE

Showing posts with label People Around Me. Show all posts
Showing posts with label People Around Me. Show all posts

23.9.12

Geram si bibir merah

Hari ni akut tercengang tengok 1 of the status yang terpampang kat FB. Nowdays mak2 yang baya aku tak ubah perangai macam aku 10-15tahun lepas. Masa sekolah. Hurmm even sekarang pon dah beranak pinak masih bermulot laser, daring dan straight forward macam zaman2 sekolah dulu. CUMA 1 jer yang dah lain. BERTUDUNG permanently. Oh bukan 1. Tapi 2 yang betol2 berubah. 1 lagi is badan melebar cam apa entah. Ok stop mengumpat. Walaupon fact, tetap mengumpat namanya.


FACEBOOK status.

"ya ampun kacaknya dia(pelakon) ni. bibir dia merahhh, gerrrem!" -Salmah binti Hayek

Status? MARRIED with 4 kids.

Kadang aku tak faham kenapa diaorang ni macam nih. Sebelum bernikah takda tazkirah ke? Hurmm salah kan jugak la kursus kahwin. Sebab masa kursus kahwih takda la aja benda2 yang halus mcm ni. Walaupon halus tapi dosa dia BESAR!

Zalim sangat la kalau aku kata pandang lelaki lain yang bukan muhrim dengan puji2an adalah DOSA BESAR. Tapi itu bukan aku kata tapi ALLAH yang kata. ALLAH yang mencipta ko dan batang hidung ko tuh. Itu baru pandang dan terdetik dalam hati. Belum lagi kata memuji dijadikan sebut-sebutan di bibir dan lidah sendiri. Itu belum lagi orang lain dengar. Tak cukop dengan itu, siap memuji secara bertulis di khalayak ramai (FB) biarkan semua orang membaca dan mentertawakan suami nya. Waduhhh.. Tak ada siapa yang menjatuhkan maruah dan air muka sesiapa pon, malah kamu sendiri yang memalukan diri kamu. Betapa jahilnya si ibu/isteri ni.

ALLAH tak zalim. ALLAH syg umatnya. Kenapa TAK BOLEH? Kenapa HARAM? Bukan ke kita ni hanya manusia biasa? Yang sama sekali tak boleh lari dari bernafsu. Possible tak malam2 'bersama' dia duk bayangkan suami dia yg bibir cebik tuh adalah bibir merah pelakon tadi? Ataupon possible tak masa die tengok bibir merah tadi tuh dia telah membayangkan benda yang tak senonoh bersama? Jangan tipu dan katakan jangan katakan tidak. ALLAH tahu apa yang telah dia cipta. Dia tahu setiap ciptaannya pasti bernafsu.

Sebab tuh la kita hindari dari perkara2 yang boleh mendatangkan maksiat. Kalau belum kahwin lantak uols lah. Tapi ni dah kahwin. Bukan ke dosa besar? Waduh takot. Dosa lepas kahwin ni lain woooooooo. Simple things jangan la lalai.

Suami tak ada bagi tazkirah ke? Kalau cetek pon la akal fikiran suami isteri nih, tak ada ke rasa kelakian? Menyampah, atau pon paling tidak ada rasa malu bila melihat status isteri ni macam ni. Paling tidak

"awak ni apa cerita pasal bibir orang plak dlm fb nih? tak malu ke?" 

Dah! Cukop la dengan itu. Sebabnya suami dia ada dalam friend list isteri ni. Tapi sepi. What dunno. Mungkin dia terlalu percaya akan isterinya tuh. Hurmmm untung la dapat suami boleh pandang masa depan. Hakikatnya tak da siapa yang tahu apa masa depan kita akan jadi. Even diri sendiri kadang2 tak kenal siapa kita. Kadang2 kita sendiri boleh berubah2. Kadang2 kita sendiri boleh benci apa yang kita suka/sayang. Ini kan pula orang lain(pasangan kita). Possible kan 1 hari nanti kepercayaan itu di khianati? Sebab tuh kena jaga. MARUAH!

Barisan2 ibu dan perempuan mcm ni yang berangan bercita2 tinggi untuk anak2 menjadi yang terbaik buat mereka sendiri. Tidakkah mereka sedar apa yang mereka dah buat? Apa la masyarakat nilai agaknya pada anak2 mereka. Ye anak tak bersalah. Tapi nasib la nak ko bermak dan bapak kan sipolan. Nak2 nya mak ayah ni jenis yang add mak nenek, cikgu skolah, cikgu tadika anak segala bagai. BINGO!

Semoga aku sedar dan terus tidak ALPA dengan duniawi. Control!


Thanks for viewing

30.3.12

Rezeki Allah

 

Semua orang tahu, rezeki perlu dicari. Tak boleh datang bergolek. Dengan izinNya rezeki akan menghiasi harian kita. SEMUA ORANG TAHU.

Cari sesuap nasi adalah tuntutan dan perkara wajib sekarang ni. Kalau tak ada wang, tak makan. Pelbagai cara rezeki yang Allah salur pada kita.Lain orang lain rezekinya. Tapi masih bersyukur kerana masih diberi nafas utk mencarik rezeki. Nafas tuh pon rezeki :)

Masalah petang ni aku nak membebel pasal tuntutan wajib ni pada setengah2 pihak. Yang betol2 buat aku tak faham. 

Kalau dulu aku dah biasa dibesarkan dengan keluarga yang berniaga. Itu lah rezeki kami. Sama ada besar atau kecil itu lah rezeki kami. Untung dan rugi itu lah mainan kami. Tapi yang penting IKHLAS. Penat? Toksah ckp lah. Tapi bila fikir2 kan balik, semua orang penat. Customer pon penat. Penat bekerja. Ye dak? Manners sebagai peniaga tetap di penuhi. Tak kira la aku bos mahupon kuli.

Kebelakangan ni aku banyak sgt (sampai tak terkira) alami pengalaman yang aku nak share kat blog ni. Apelagi la kan kalau bukan masalah peniaga dan pembeli. Kalau dulu aku dah di latih ber manners yg tinggi tapi sekarang ni aku plak jadi customer yg simple. Walaupon simple.. And tak cerewet pon tapi masih alami masalah yg BESAR mengadap dorang ni.

Case 1 - Beli air kat foodcourt Giant. Aku Q dalam barisan, yg ke 3. Means ade 2 org depan aku. Penjual air ni bole serve kami semua dgn tangan sebelah penuh dgn nasi tanpa bersih terlebih dahulu. Dari awal aku tak perasan. Kaedahnya dari awal2 sampai cust belakang aku die masih layan cust dgn tgn sbelah berbulu dengan nasi. Sangat geli sebab berlumuran nasi dgn sambal. GELI. Muke toksah cakap la.. 

Case 2 - Beli serai kat hypermarket pasti la kene timbang terlebih dahulu. What do u aspect keje di hypermarket dan ditugaskan utk menimbang barang2 market???????? Sure la bepasir, tanah, smelly etc. Aku dengan senyuman(spt biasa) meletakkan serai tuh atas timbang. Dia tekan2 dan keluar tag harga.. Dengan tangan yang jijik die pegang, lekat kan tag harga dan OBVIOUSLY baling that serai ke tepi untuk aku amik la. Aku tekejot gile sambil perkataan yg ikhlas keluar dari mulot ku 'subhanAllahhhhh' kuat aku cakap.. Dia buat muke selamber dan teruskan kerja dia. Kalau ikot kan darah mude aku dulu2 memang aku sagat serai tuh kat muke die. Tapi dah berumur ni agak tinggi tahap kesabaran ku. Alhamdulillah.

Case 3 - Kedai eskem bukan cikia. Sorang pekerja layan aku nak flavor ape. Sorang lagi duk bersihkan tempat2 eskem tuh. Bersih2 dah la bebual 1 hal. Tepercik2 kat eskem tuh. Pastuh dok colek sket2 ape yg ade masuk terus ke mulot sambil usha line kot2 boss die nampak x. MELAMPAU betol. 

Case 4 - Restoren agak besar, yang dijalankan oleh ahli keluarga jugak. Pekerja ramai sesama keluarga. Buat air sambil isap rokok.

Tak rase bersalah ke tempat carik rezeki  tapi perangai cam hape tah? Even klu bukan die owned, tak de ke kene briefing hari2 setiap pagi sebelum start kerja. Jangan kate onwer, aku pon penah kerja F&B. Kuli jer. Tension cemana pon senyum je la. Kok ye bkn comp bapak aku pon aku rase tak de sebab aku nak marah2 cust yang datang makan. Tak de sebab aku nak start tunjok attitude prob aku kat orang tuh. Lain la kalau cust tuh datang maki hamun. Itu pon kita tak boleh nak lawan kan sangat. Ini kan cust dtg with smile. 

Tak rase ke pintu rezeki tuh kene buat dengan IKHLAS? Penat kite, penat lagi orang lain. Kadang2 tak penat pon. Riuh dek borak n lepak, skali ade 1 cust dtg dia rase semak. Sbb dia elok2 lepak, kita dtg plak. Bukan ke cust tu rezeki ko?! Tak ada cust, comp bungkos, ko kene buang keje! Memang elok la sape jawab 'carik keje lain' sbb takuk ko tak kan berubah.

Kalau tak de siapa yang nasihat pon. Diri sendiri tak terasa ke keterlaluan tuh? Like 'eh ape aku buat ni.' xde eh? Alhamdulillah aku dilahirkan ada rasa tuh.

Aku tatau la apa akan jadi kat dunia ni bila orang2 muda yang mcm ni akan pegang negara 1 hari nanti. SCARY. Orang2 yang berbudi dan berbahasa dah hampir pupus. Sbb yg tahu lapik mulot dan perbuatan ni hanyalah generasi yang lalu. Yang berbudi bahasa dan tahu malu.

Thanks for viewing

20.1.12

Lagi-lagi aku

Friendship tuh memang indah kan? Tapi kalau ramai sangat kalut jugak. Sebabnya diri sendri kadang2 tak faham mcmana nak faham diri orang lain. Isnt it?

Masa muda mudi dulu memang indah bila berkawan. Menjadi 1 kewajipan dalam diri. Semuanya kena kait kan kawan. Sebab kawan ni banyak fungsinya. Nak makan, nak bermasalah, nak bercakap, nak menjoli2, nak berjimba, nak shop, nak mengumpat, nak mengundi pon kalau boleh nak klik kat petak yang sama. Boleh dikatakan semua nya perlu ditemani dan di hasut oleh kawan. Kalau tak ada hasutan kawan tuh makna nya ibarat makan tanpa gigi la.. Kan tak feel tuh?

Tapi persoalannya kat sini, lasting ke kawan2 ni? Sampai bila sangat dia nak tolong kita untuk teori hasutan dan jimbaan tuh? Kalau digabungkan keindahan erti sebuah persahabatan dengan pemahaman diri masing2 dalam dua perenggan kat atas ni agak2 boleh ke bagi jawapan utk soalan di perenggan ke tiga ni? BISA PUSING!~

...........................................................

Awal-awal persahabatan memang indah. Nama pon 'awal' mesti la feeling macam rasa korek telinga. Awal2 kan syahdu? Lame2 SAKIT! Kadang2 sampai tersilap terkena part yang tak sepatutnya. Ouchhh!~

Awal2 apa yang dihajati semua indah.

'Same thing tapi warna lain2. Konon same taste'

'Beratnya masalah yang aku tanggung ni.. Bercerita dgn sahabat adalah 1 kewajipan. Kalau tak cerita rasa tak lepas dan masalah tak selesai' - Padahal masalah tergantung je pon. Bkn die selesai kan pon.Malah kadang2 menjadi makin besar bila ada kawan yang cuba campur tangan. Dah kate bercerita dgn manusia yang ada hati perut. Mesti la dia jadi hero utk menyelesaikan masalah.

'Chilling and clubbing adalah 1 kewajipan dihujung minggu'

'Putus cinta, mak ayah bercerai, duit kering, dijerit boss, jatuh dalam lopak air' -semua adalah harus dikongsikan bersama.

MOTIVE? Mungkin berasa lega.. Therapy.

Tapi rasa2nya sampai bila boleh lasting? Dah tiba masanya untuk..

Bercerita dgn tembok, menangis dgn tisu, pinjam duit dekat mak atau advance kat boss, breakfast dgn newspaper, clubing dalam kereta, meluahkan perasaan di blog, kongsi masalah dalam chatroom(stranger) dan meraung pada tikar sejadah.

Sama ada salah 1 pihak yang mengundur diri sebabkan dah faktor umur, ataupon dah berubah dan taknak berkongsi cerita dah dgn orang lua. Itu 1 tindakan yang baik. Kerana membiasakan diri utk menangani masalah sendiri sebabnya menceritakan masalah peribadi pd telinga orang lain ni ibarat bercerita di microphone sidang akhbar. Sebaik2 manusia, bila 1 hari dah tak bersependapat dia tetap akan luah kan ketidakpuasan hatinya pada orang lain. TETAP! Kerana dia hanya manusia biasa. Lagi parah dapat yg betol2 mulut lembik.. Aduh!

ATAUPON

Perlahan2 sikap yang 1 ni mengubah sifat teman. Iaitu, asik2 kau... Asik2 kau.. Asik2 kau yang mengadu. Asik2 aku yang nak mendengar. LOL. Bila turn sebelah pihak nak bercerita dan dan senyap ataupon ubah topik. Agak kurang hajar disitu.. Perubahan hormon pon berlaku.. Lama2 rase bosan dan faktor usia yang sudah punya beberapa kepentingan lain terus malas nak menghargai sebuah persahabatan lagi. People changed! Manusia tak kan kekal. Sikit demi sedikit akan berubah. Samaada sengaja ataupon tak disengajakan. Tidak sengaja adalah mengikut kepentingan keadaan sekeliling. Faktor usia yang semakin busy dgn kerja. Semakin banyak tanggungjawab yang perlu di bawa. Persahabatan yang dulunya penting kian pudar perlahan2.. Lagi2 jika dibandingkan sahabat dgn tanggungjawab sebagai isteri, ibu. Memang jatuh tempat ke 14 la kan ko sahabat? Dulu no 1 ;p And lagi 1 tuh memang ko dah tak HOT sebab tuh kawan ko larik ;p

So, demi maruah keluarga(if dah kahwin) dan suruhan Allah swt, kurang2kan la berkawan ni. HARAM dan BERDOSA BESAR kalau kongsi masalah rumahtangga dgn orang lain. Walaupon saudara sendiri. 

DAN

Demi Allah swt... Demi meluruskan Aqidah yang tak berapa nak lurus.. Ini adalah 1 penghijarahan bagi seseorang yang pentingkan kawan.

Kepada sesiapa yang masih sakan berkawan dan sudah bersuami/isteri pulak.. Perlahan2 la melarikan diri dari tindak tanduk tak baik ni. Kawan sekadar hai2 bye2 is OK.

Atau

Kepada sesiapa yang kawannya dah suam2 kuku. Jgn la dianggap sebagai 1 musibah atau malapetaka.. Think positive.. Anggap lah itu 1 seru dr Allah swt yang memberi kita jalan utk kebaikan. Biarlah orang lain nampak kita 'keseorangan' dan dianggap buruk, tiada siapa yang nak kawan dan berkemungkinan dianggap pembawa masalah dlm sesebuah persahabatan, biarkan!

Dah masanya mengadu dgn ALLAH swt.







Thanks for viewing

19.1.12

Perempuan, Isteri dan ....



Assalam all,

Saje nk borak...

Ok straight to the point..

Nowdays, terlalu ramai di social network especially Fb lah. Ramai sangat yang cakap lepas. Ok aku bkn la malaikat. But dont u think ur husband is tooooo innocent utk dijadikan bahan. Kalau marriage yang dah lama ok ade excuse lah even dlm agama Islam no excuse suami tidak diwajibkan patuh terhadap isteri sebagaimana isteri WAJIB patuh kepada suami. But i did mention 'kita bkn malaikat' kadang2 as an adult depa mungkin tersasul. Tapi tuh yang dah kawin 15thn ke atas OKKEY aku tak rase marah walaupon ianya salah. Anggap la aku tak nak judge dorang and tak nak masuk campur or fikir lebih2. BUTTTTTT this funny things happen dekat isteri2 yang 20+ and lebih senang ialah isteri yang setahun jagung kahwin.

Even berhijab pon boleh tahan mulot.. Tau tak diaorang dosa2 mulot laser, mulot byk ckp ni semua si suami awak yg tanggung? Kalau die tak baik mcmane sekali pon dont react mcm rebel sgt dlm social network yang hundreds people boleh baca. Kadang2 ada yang ada anak 1 or 2. U as a mother macamane la nak aspect a best happen pada anak2 kelak? X payah kira jauh2. Its simple as ABC kan? 

Some of them update status mengerikan. Seriously ngeri. Contoh mcm
         
                'Hey s*al! Kau hingat kau hebat ke blablablablablablabla. F!'  

Kemarahan bukanlah diajukan pada pasangan masing2. Tapi pada orang lain. Kawan dan sedara misalnya.

Oucchhh! Bile baca mcm tak de moral pon ada. Haiyo! Sudah2 la tunjok gangsta. Ini bkn zmn skolah. Itu la dulu skolah taknak tunjuk handal! And some of them hubby masing2 ade dlm fb. Ape dorang ni tak kene tegor ke dgn suami? and family? OR dah penat suami tegor? OR dgn suami pon die memang mcm tuh? 

Tahu tak apa je tingkah laku dan perbuatan kita yg baik mahupon yg memalukan adalah effect yang kuat pada suami. Jika baik isterinya mesti diberi tunjuk ajar oleh suami. Jahat and pelik isterinya? Pon suami yg kena. Sebab tuh la bila mana2 suami cerita keburukan isteri pada orang lain adalah suami yg paling bodoh dalam islam. Kerana isteri adalah hak muthlak suami. Bodoh dan buruk isteri tuh adalah kerana bodoh dan buruk didikan mu. 

Xtau mcmana nak bagi dorang ni perasan. Kalau marah pon boleh tak jgn dikongsi dalam FB? Malu je orang lain tahu dalaman kita. Haiyo.

...............................................................

1 lagi bila dorang cerita tak beralas sesama kawan2 rapat. Cerita basah. Cerita 'banyak air'. Malam pertama. Penat. Kerja keras. Malam Jumaat. Kuat seks etc. Smua mengenai seks yang dibual kan. Buat bahan gelak ramai2. Korang tau tak yang berbual nye 3-4org je. Yang membacanya? TAK MALU KE? Mana la maruah kau sebagai IBU, ISTERI, PEREMPUAN, HAMBA ALLAH. Kalau ditegur mau tak mengaku. Mau tak nampak ITU salah. Mau tak memberontak? 

Orang mcm ni ke boleh mengimpikan cahaya bersinar masa hadapan? Aku bukan la nak judge. Dan bkn la aku utk menghukum nasib buruk baik seseorang. Tapi mcm aku cakap tadi. Teori se simple ABC. Budak2, anak2 saudara, anak2 buah semua ada dalam FB kau. Walau ko private mcmane pon lah. Once orang dah judge ko susah la. Sorang atau 2 mungkin la kau andaikan dia bukan org yg nak judge orang lain. Tapi kau bole baca ke masyarakat2 lain. NEVER. 

Lagipon tindakan perempuan mcm ni, siapa je yang tak kene judge? Nak positive mcmane lagi la agak nye si pembaca bile membaca status2 and komen orang2 mcm ni..? Murni sungguh sipositive mengandai yg baik2 pada sipencharots ye?

Kalau rase spoting sgt or amereka sgt nk kongsi cita mcm ni and tak de rase malu walaupon dah bergelar isteri, atleast malu lah pada gelaran IBU. Malu lah pada anak2..

Suami pon HOI AJA LA BINI HANGPA TUH SKET. MALU LAAAA ORG TGK!

Malu itu IMAN.
Perubahan itu bukan mudah. Tapi kene la cuba. Tak kan dtg kalau tak dicari..

Jauhkan la aku dari benda2 pelik ni. Baiklah aku carik sesuatu yang lebih utk dibawak kesana nanti drp aku mengendong benda yg remeh tapi besar akibatnya. InsyaALLAH

Thanks for viewing

16.1.12

Permata Hati



Setiap benda yang hidup tuh mesti ade kasih sayang.. Tak kira lah haiwan, dah tentu jugak utk manusia. Even benda yang beharga pon kadang2 kita sayang lebih dr seekor haiwan. Berharga dari segala segi. The moment. The performance. Itu lah yang perlu kita hargai. KASIH SAYANG.

1 of my colleague yang dah bertahun2 berusaha utk dapat kan baby. Alhamdulillah after 5 yrs trial now die dah dapat. Aku x sure how was their journey all about utk mendapat kan KASIH SAYANG yang bakal digelar sbagai ibubapa. Yang aku sangat PASTI dugaan mereka suami isteri sangat besar until diaorang dpt good new nih. Alhamdulillah, finally mereka bakal di kurniakan cahaya mata. :)

Proses ibu mengandung yang di impi2kan alhamdulillah menjadi kenyataan. Aku nampak air muka dia ceria x macam selalu. Hari2 yang dorang lalui sgt lah bahagia. I can feel it. Alhamdulillah 1st trimester dah berlepas..

Masuk trimester ke 2 aku dah mula nampak muka dia semakin suram. Mata mula berkaca. Aku rase maybe die penat. Yup orang mengandung memang la penat. So aku was ignore utk  beberapa kali until aku nampak something yang tak kena kat dia. So aku decide utk tanya.. What r friends for kan? InsyaAllah.. Belom sempat habis soalan aku die like meraung n hug aku.. ya Allah, aku tatau seberat itu yang die tanggung. Kenapa aku tak tanya dia dr awal2 lgi? y y y y and y?

Suungguh besar dugaan dia.. Sangat2 besar. Walaupon kami tak se close mane. Bila aku dgr je masalah dia, i was like meraung sekali. Even now pon aku boleh meleleh air mate nak cerita.
Masuk trimester ke 2 dia pegi check up mcm biasa. 1st check up sampai latest was ok. Proses semua alhamdulillah ok. Until msuk trimester ke 2 ni ada bad news. Heartbeat baby laju mcm biasa tapi ade back up sound dlm scan detect. Something fishy. Doc decide utk amik darah baby melalui perut ibu. Subhanallah.. When the result came out... She carrying special baby boy. Down sindrom boy. Subhanallah.. KAU maha besar ya ALLAH. Segala yang baik dtg dr MU ya ALLAH. Aku tak sure mcm mne perasaan seorang bakal ibu yg selama ni menunggu brape tahun utk dpt kan anak tibe2 tahu anak yg dikandungkan itu ada masalah.

Doctor bagi die masa seminggu utk bagi keputusan sama ada nak terminate the baby or teruskan and raise mcm biasa. The risiko is even this baby dilahirkan hayat dia tak panjang. Mayb 1 yr. Mayb 10yrs. Mayb 20yrs. And lagi 1 while die pregnant risiko sangat tinggi utk tggu ke 9 mths.

And i know! Her answer mesti nak teruskan.. I AM VERY SURE.



Thanks for viewing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...